Thursday 29 December 2011

KELEBIHAN BISMILLAH.....


Mukjizat di sebalik BISMILLAH 

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' 

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH 

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 

2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi) 

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. 

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. 

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. 

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. 



Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ' 

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ' 

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya. 

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.. 

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala. 

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca. 




Mari sama-sama kita amalkan...

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan
ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Friday 23 December 2011

...INDAHNYA CIPTAAN ILAHI..




Pulau merupakan tempat peranginan yang sering mendapat tempat dihati masyarakat terutamanya apabila ingin bercuti. Keindahan tempatnya yang unik dan damai mampu memberikan ketenangan diri. Pulau perhentaian menjadi pilihan untuk kali ini. Pulau perhentian letaknya di negeri Terennganu
( negeriku,,huhuhu). 


Sedikit sejarah tentang Pulau Perhentian.


Menurut seorang penduduk di Pulau Perhentian Kecil, Awang Husin, 67, Pulau Perhentian
mula didiami pada penghujung abad ke-18 dan tempat yang mula dibuka dan didiami penduduk adalah di Teluk Dalam iaitu yang terletak di sekitar sebatang alur air payau yang cetek yang dikenali sebagai Alur Cina.

Katanya, orang yang paling awal mendiami pulau itu dikenali sebagai Batin Mina dan keluarganya yang berasal dari Kepulauan Riau. Batin Mina dan keluarganya datang ke Pulau Perhentian dengan menumpang kapal-kapal dagang China yang berulang-alik dari China ke Asia Tenggara. Mengikut cerita, Batin Mina telah melarikan diri dari buruan Belanda kerana telah bertindak menentang penjajahan dengan cara merompak dan mengugut kapal-kapal dagang barat.

              Menurut Awang lagi, pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus dan pada mulanya ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang-alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai) untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu. Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ianya telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian berdasarkan tempat kapal-kapal itu singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran.

              Pulau Perhentian pada masa dahulu ditadbir oleh seorang ketua yang dikenali dengan panggilan batin, yang semestinya merupakan seorang pendekar terbilang, juga seorang bomoh yang handal serta mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan orang yang di bawah kawalannya. Ketika itu teraju pentadbirannya terletak di Teluk Dalam yang terletak di Pulau Perhentian Besar. Selepas kematian Batin Mina, teraju pemerintahan pulau diambil alih pula oleh adiknya iaitu Batin Jamal dan satu ketika pulau itu sudah tidak tenteram kerana adanya gangguan makhluk halus manakala tanaman dirosakkan oleh monyet liar.

Semasa Jepun melanggar Tanah Melayu dalam perang dunia kedua iaitu di sekitar 1941 hingga tahun 1945, Pulau Perhentian tidak ketinggalan dari terasa bahangnya apabila dijadikan pelabuhan tempat persinggahan sementara tentera Jepun untuk menyerang lain-lain tempat di Tanah Melayu dan Asia Tenggara. Kapal-kapal tentera Jepun berlabuh dan berkubu sementara di Pulau Perhentian.Tentera Jepun telah bertindak zalim dengan merampas makanan dan ternakan daripada penduduk kampung dan yang menjadi mangsa adalah golongan muda yang cuba ditangkap untuk dijadikan buruh kereta api maut di Burma. Bagi mengelakkan diri daripada ditangkap, mereka melarikan diri ke atas bukit dan memasuki hutan Pulau Perhentian. Kesengsaraan pada zaman Jepun turut dirasai penduduk Pulau Perhentian sepertimana yang dirasakan oleh penduduk Tanah Besar Semenanjung. Semua ternakan dan makanan yang tidak sempat disembunyikan dirampas oleh tentera Jepun dan sesiapa yang cuba melawan akan diseksa dan dibunuh oleh mereka. Setelah Jepun mengaku kalah pada 1945 barulah penduduk kampung kembali aman dan Pulau Perhentian terus berkembang pesat sehingga sekarang.

Mitos tentang Pulau Perhentian

Menurut seorang pengkaji sejarah Yusof Awang Su dalam bukunya "Tempat Sejarah Di Terengganu" yang dikeluarkan dalam Berita Darul Iman pada 1995, Pulau Perhentian pada zaman lampau terdapat seekor naga yang sangat besar, yang dipanggil penduduk pada masa itu Naga Pulau Berjuang. Naga itu dikatakan tinggal di satu tempat yang sekarang ini dikenali dengan tanjung Basi yang terletak di Pulau Perhentian Besar.

Pada satu ketika naga tersebut telah turun ke laut kerana berjuang menentang seekor naga lain yang cuba mengganas dan menenggelamkan Pulau Perhentian dan kesan naga itu turun dapat dilihat di atas satu bukit di pulau itu. Jalan yang dilalui naga itu pula kini dikenali sebagai Jalan Naga dan satu perkara yang menarik di Pulau Perhentian ialah tentang ular yang ada di atas pulau ini yang dikatakan tidak terdapat satu pun spesies ular berbisa. Menurut cerita penduduk kampung, di Pulau Perhentian tidak terdapat satu pun spesies ular berbisa melainkan spesies ular sawa. Ini kerana menurut mereka di pulau ini terdapatnya keladi lekir dan akar Cina putih yang mujarab sebagai penawar bisa ular yang sekaligus ditakuti ular.

Oleh kerana adanya penawar itu, semua spesies ular berbisa dikatakan "tidak berani tinggal" di pulau itu kerana bisa binatang itu akan menjadi penawar. Akar Cina putih itu mendapat nama kerana ia turut digunakan oleh kelasi-kelasi kapal dagang dari China ketika itu untuk membuat tali sauh dan tali kapal kerana ketahanan akar tersebut.

(untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah pulau ini boleh layari ke http://www.pulauperhentian.com.my/sejarahperhentian.php )



 Daripada peta ini dapat dilihat Pulau perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau perhentian Besar dan Pulau Perhentian kecil. untuk pengetahuan, Pulau perhentian besar merupakan kawasan pelancongan dan pulau perhentian kecil pula merupakan kawasan petempatan penduduk. 



 Perhentian kecil



Gambar nie paling best mengingatkan kenangan , bila bagi makan ikan dengan tangan,
 silap2 digigitnya tangan.


Bot yang digunakan untuk membawa pelancong mengelilingi pulau, membawa ke kawasan terumbu dll.


dekat jetipun air jernih, siap boleh nampak lagi segerombolan ikan berenang.wah3...
jom ap lagi kita pegi pulau.




Gambar kenangan Di Pulau Perhentian, bagi kajian mata pelajaran Geografi.



sekolah di Perhentian Kecil



chalet di Perhentian besar.


di Perhentian Besar


bagi makan ikan, bagi roti jer. lau nak makan kek ke piza ke tuan yang bagi je kut..huhu


ini sajer tuk kali nie....nanti citer sal pulau maner lak yer?????


MA'THURAT


FADHILAT MA'THURAT
Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.


Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.

Mathurat mengandungi banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkannya.....

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan  
     menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan   
        sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu  pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan
       berbagai lagi kelebihan.



Thursday 22 December 2011

KEPADA MUSLIMAH

KEPADA MUSLIMAH 13 AURAT MU YG WAJIB DI JAGA..

1.      Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2.      Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
(Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.)
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3.      Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang.
    (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4.      Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka  (Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.)

5.      Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya
       (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani),
     Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah
     ciptaan Allah. ( Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6.      Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu  menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7.      Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja. 
      (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8.      Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.  (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9.      Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan  sebahagian dari pemandangannya.  (Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.)

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu   
hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya  
haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10.  Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah  perkataan-perkataan yang baik. (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
    Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,    
   iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan         
   tenggelamkan mereka itu dalam bumi. ( Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11.  Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.)

   Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan  
   mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu- pintu yang ia kehendakinya. 
   (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)

   Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah  
   membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
   (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12.  Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata ,maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
     (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.)

      Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada          
isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

  Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang  condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
 Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah /membuka bahagian-bahagian tertentu.

13.  Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)




.....wanita adalah perhiasan dunia, seindah perhiasan adalah wanita solehah...
(saje masukkan lagu nie)..

Tahu sesuatu yg anda x perasan

tahu sesuatu yg anda x perasan atau sajer x perasan,,,


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda. 

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 

8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. 

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin 
anda yang meminggirkan mereka. 

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan 
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi 
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya. 

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, 
caci & cela. 

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. 

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.




tahu sesuatu yg anda x perasan atau sajer x perasan,,,

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda. 

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 

8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. 

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin 
anda yang meminggirkan mereka. 

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan 
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi 
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya. 

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, 
caci & cela. 

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. 

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.


Saturday 17 December 2011

Lirik Lagu Tentang Bulan (OST Tentang Bulan) – Fatin Nur Afifah
Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan
Dan menerangi keindahan malam
Tanpamu bulan
Malam kegelapan
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan

Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Bergitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya
Bergitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua

di sebalik lirik ini terukir seribu erti.....Sahabat kau teman sejati,  dikala daku dalam kedukaan merekalah disisi menemani, dikala daku kesepian merekalah bersama