Friday 23 December 2011

...INDAHNYA CIPTAAN ILAHI..




Pulau merupakan tempat peranginan yang sering mendapat tempat dihati masyarakat terutamanya apabila ingin bercuti. Keindahan tempatnya yang unik dan damai mampu memberikan ketenangan diri. Pulau perhentaian menjadi pilihan untuk kali ini. Pulau perhentian letaknya di negeri Terennganu
( negeriku,,huhuhu). 


Sedikit sejarah tentang Pulau Perhentian.


Menurut seorang penduduk di Pulau Perhentian Kecil, Awang Husin, 67, Pulau Perhentian
mula didiami pada penghujung abad ke-18 dan tempat yang mula dibuka dan didiami penduduk adalah di Teluk Dalam iaitu yang terletak di sekitar sebatang alur air payau yang cetek yang dikenali sebagai Alur Cina.

Katanya, orang yang paling awal mendiami pulau itu dikenali sebagai Batin Mina dan keluarganya yang berasal dari Kepulauan Riau. Batin Mina dan keluarganya datang ke Pulau Perhentian dengan menumpang kapal-kapal dagang China yang berulang-alik dari China ke Asia Tenggara. Mengikut cerita, Batin Mina telah melarikan diri dari buruan Belanda kerana telah bertindak menentang penjajahan dengan cara merompak dan mengugut kapal-kapal dagang barat.

              Menurut Awang lagi, pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus dan pada mulanya ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang-alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai) untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu. Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ianya telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian berdasarkan tempat kapal-kapal itu singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran.

              Pulau Perhentian pada masa dahulu ditadbir oleh seorang ketua yang dikenali dengan panggilan batin, yang semestinya merupakan seorang pendekar terbilang, juga seorang bomoh yang handal serta mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan orang yang di bawah kawalannya. Ketika itu teraju pentadbirannya terletak di Teluk Dalam yang terletak di Pulau Perhentian Besar. Selepas kematian Batin Mina, teraju pemerintahan pulau diambil alih pula oleh adiknya iaitu Batin Jamal dan satu ketika pulau itu sudah tidak tenteram kerana adanya gangguan makhluk halus manakala tanaman dirosakkan oleh monyet liar.

Semasa Jepun melanggar Tanah Melayu dalam perang dunia kedua iaitu di sekitar 1941 hingga tahun 1945, Pulau Perhentian tidak ketinggalan dari terasa bahangnya apabila dijadikan pelabuhan tempat persinggahan sementara tentera Jepun untuk menyerang lain-lain tempat di Tanah Melayu dan Asia Tenggara. Kapal-kapal tentera Jepun berlabuh dan berkubu sementara di Pulau Perhentian.Tentera Jepun telah bertindak zalim dengan merampas makanan dan ternakan daripada penduduk kampung dan yang menjadi mangsa adalah golongan muda yang cuba ditangkap untuk dijadikan buruh kereta api maut di Burma. Bagi mengelakkan diri daripada ditangkap, mereka melarikan diri ke atas bukit dan memasuki hutan Pulau Perhentian. Kesengsaraan pada zaman Jepun turut dirasai penduduk Pulau Perhentian sepertimana yang dirasakan oleh penduduk Tanah Besar Semenanjung. Semua ternakan dan makanan yang tidak sempat disembunyikan dirampas oleh tentera Jepun dan sesiapa yang cuba melawan akan diseksa dan dibunuh oleh mereka. Setelah Jepun mengaku kalah pada 1945 barulah penduduk kampung kembali aman dan Pulau Perhentian terus berkembang pesat sehingga sekarang.

Mitos tentang Pulau Perhentian

Menurut seorang pengkaji sejarah Yusof Awang Su dalam bukunya "Tempat Sejarah Di Terengganu" yang dikeluarkan dalam Berita Darul Iman pada 1995, Pulau Perhentian pada zaman lampau terdapat seekor naga yang sangat besar, yang dipanggil penduduk pada masa itu Naga Pulau Berjuang. Naga itu dikatakan tinggal di satu tempat yang sekarang ini dikenali dengan tanjung Basi yang terletak di Pulau Perhentian Besar.

Pada satu ketika naga tersebut telah turun ke laut kerana berjuang menentang seekor naga lain yang cuba mengganas dan menenggelamkan Pulau Perhentian dan kesan naga itu turun dapat dilihat di atas satu bukit di pulau itu. Jalan yang dilalui naga itu pula kini dikenali sebagai Jalan Naga dan satu perkara yang menarik di Pulau Perhentian ialah tentang ular yang ada di atas pulau ini yang dikatakan tidak terdapat satu pun spesies ular berbisa. Menurut cerita penduduk kampung, di Pulau Perhentian tidak terdapat satu pun spesies ular berbisa melainkan spesies ular sawa. Ini kerana menurut mereka di pulau ini terdapatnya keladi lekir dan akar Cina putih yang mujarab sebagai penawar bisa ular yang sekaligus ditakuti ular.

Oleh kerana adanya penawar itu, semua spesies ular berbisa dikatakan "tidak berani tinggal" di pulau itu kerana bisa binatang itu akan menjadi penawar. Akar Cina putih itu mendapat nama kerana ia turut digunakan oleh kelasi-kelasi kapal dagang dari China ketika itu untuk membuat tali sauh dan tali kapal kerana ketahanan akar tersebut.

(untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah pulau ini boleh layari ke http://www.pulauperhentian.com.my/sejarahperhentian.php )



 Daripada peta ini dapat dilihat Pulau perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau perhentian Besar dan Pulau Perhentian kecil. untuk pengetahuan, Pulau perhentian besar merupakan kawasan pelancongan dan pulau perhentian kecil pula merupakan kawasan petempatan penduduk. 



 Perhentian kecil



Gambar nie paling best mengingatkan kenangan , bila bagi makan ikan dengan tangan,
 silap2 digigitnya tangan.


Bot yang digunakan untuk membawa pelancong mengelilingi pulau, membawa ke kawasan terumbu dll.


dekat jetipun air jernih, siap boleh nampak lagi segerombolan ikan berenang.wah3...
jom ap lagi kita pegi pulau.




Gambar kenangan Di Pulau Perhentian, bagi kajian mata pelajaran Geografi.



sekolah di Perhentian Kecil



chalet di Perhentian besar.


di Perhentian Besar


bagi makan ikan, bagi roti jer. lau nak makan kek ke piza ke tuan yang bagi je kut..huhu


ini sajer tuk kali nie....nanti citer sal pulau maner lak yer?????


No comments:

Post a Comment