Saturday 17 December 2011

KATA-KATA, KATA KITA, PADA KITA.....

Bergunung manapun harta, bukanlah kaya, jika miskin budi bahasa.. Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan, jika nafsu tidak dapat dilawan.. Secantik manapun rupa, bukanlah ratu, jika buruk tingkah laku.. Setinggi manapun darjat, bukanlah mulia, jika tiada iman didada.. Melangit manapun ilmu, bukanlah bijaksana, jika tidak diamal dan diguna.. Sealim manapun diri, bukanlah ulama', jika takbur dan riak.


"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."



"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ (Confucius)

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ (La Roche)

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya."

"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."

"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."

"Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong."

"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."


"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.."
"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."




....MuTiArA KaTa...





No comments:

Post a Comment